kelik lah kalau sayang ;)

Wednesday, October 5, 2011

rabu

Assalamualaikum. rabu.

kelas baik punya hari ini. 8.30-10 am only. kelas ptg cancel. bagus. tambah dgn hujan lebat, cuaca suam-suam membuatkan aku terpaksa tidur menggantikan tidur semalam yg lewat. err. semalam tidur lewat sebab ada fire drill dekat kolej. ada je yg pakai kain batik turun. nak gelak pun ada. sampai tgh jalan, kena stop sebab nak ikat kain batik. HAHA. semalam rasa lonely soldier boy sangat sebab turun tempat berkumpul tu sorang-sorang. kak ain (roommate) diasingkang tempat lain sebab dia ada asthma. so, diselamatkan cepat.

masa turun tu dah mengantuk kot. panas pulak. panjat tangga dalam gelap. semua berjalan dgn roommate. aku sorang. nasib baik jumpa jiran yg selalu aku jumpa dia dlm toilet je. sebab bilik dia jauh. okay, ada kawan. jumpa jiran sebelah bilik pulak. tambah kawan. alhamdulillah. dua-dua ni satu kepala. boleh masuk. so, boleh gelak sama-sama. merungut sama-sama.

tak lama lepas tu, jumpa zie, ishma, sofee. syaza dgn puteri td dah hilang sebab kena alih tempat duduk. nak demo lah apa lah. nasib baik hari hujan secara tiba-tiba. kalau tak, mahu sampai pukul 2.

masuk bilik, mata tak boleh lelap. dah lambat. oh ya, semalam fire drill jd jejak kasih. jumpa senior sekolah. jumpa lah juga beberapa org yg aku kenal. bagus juga benda ni sebenarnya.

dan sekarang, aku baru bangun dari tidur. niat nak tidur setengah jam je. nak sambung buat kerja sekolah, tapi syaitan bergayut atas mata. menjadikan tidur aku hampir 3 jam. aku bangun, terus basuh muka, cuci gigi, pakai seluar senonoh, nak pergi beli makanan. dah hampir 4 minggu aku kat sini. setiap malma nasi lemak. setiap malam. sedih bukan?

tiba-tiba tekak rasa haus nak pergi beli air dekat DC. aku jalan sikit. tgk kedai air yg terdekat tutup. nak turun kedai air lain rasa mcm tak selesa. sebabnya, dah ptg, org semua balik kelas. siap ada event apa entah PESAWAT dtg nak perform. aku dgn muka tidur, rasa malu nak pergi. patah balik dgn hati sayu. sadis.

okay, esok kelas jam 10.30 will be ended at 4.00pm. i am going out tomorrow. ika dah start social, dah start social. dah pandai keluar. hehehehe.

habis kelas tadi, baru merasa nak balik dgn alia berdua. berdua jeeeee. rindunya! dah lama tak gosip macam-macam. seriously, rindu :( aku ada alia masa dlm kelas je. pergi kelas, balik kelas. aku sorang seperti biasa.

kerja sekolah kena siapkan, perabih mlm ni. kalau tak, aku tak boleh balik perak. gigih malam ni.