kelik lah kalau sayang ;)

Friday, October 7, 2011

tak pernah tragis macam ini

Assalamualaikum. jumaat, penghulu segala hari. first thing first, selamat berada di teluk intan untuk minggu ke3. ngeh ngeh ngeh. balik lagi. selagi boleh balik aku akan balik. kali ini tiada sebab si dia. si dia sedang mengahrungi sisa-sisa paper dan pengakhiran sem dia di sana. good luck :) paper law. okay, makanan saya :)

serba sedikit mengenai semalam. semalam ptg, lepas habis kelas di LLB, which is bangunan yang jauh nak pergi. naik serious semput. berbukit. tp turun nak laju, bergolek pun boleh. habis kelas, keluar dgn kawan yg sampai sekarang masih berkawan rapat, who is Amirah Aimi yang boleh digelar kakak. walaupun jumpa sekejap je, tp rasa terharu, kak mira dtg dari teluk intan jumpa saya. padahal dia nak convo lah. hehe. keluar sekali dgn ruf, dgn kawan ruf. sembang-sembang, sekejap tak apa lah, janji merasa. bila kak mira kata kak mira nak dtg jumpa, excited sangat ni. terus telefon mak cakap dekat mak. keluar dgn kak mira, mak takan risau punya.

congratulations for your scroll! saya tak dapat bersama di saat anda gembira. tahniah ye :) thanks datang jumpa ika ! boleh keluar lagi nanti.

bila aku cerita dekat alia aku nak keluar, alia mesti terkejut. ika dah start social sekarang. dah pandai nak keluar. lepas ni jgn clubbing pulak. jgn free hair pulak, alia menganjing. betul, aku rasa satu anjakan paradigma utk sem 2 ini. aku dah berani nak keluar, dah dtg kelas lambat, dah tak pakai baju kurung hari jumaat. in orthodox word, dah tak skema lagi. HAHA. tapi sem ni makin kerap balik kampung.

utk hari ini, habis kelas tuto angah dtg depan fac nak gerak pergi duta. sebelum itu, aku dah telefon awana tanya ticket. okay cantik ticket jam 2 macam biasa. sampai sana, on the dot dia nak click, puduraya dah click dulu. damn! habis ticket utk aku. tp abang tu kata, tunggu nanti abg panggil kot-kot ada org tak naik. aku pergi trans, ticket 3 suku. free for 4. okay ada 4 kosong. tiba-tiba awana tak ada kosong sebab ada 2 org minah ni yg sampai lambat dari aku, tiba-tiba dpt naik bus pukul 2 tu sebab dia direct ckp dgn bos awana dan bos dia tu kenal kawan dia apa entah. fine. aku diam . pergi trans balik, 3suku dah habis, yg ada 5suku. sah abg tu gelak kat aku sebab tadi berlagak tanak naik trans. pergi balik awana, beli je bus pukul 4. jam sudah 2.30. 2minah tadi dah naik bus. aku beranikan diri pergi terus ke bus, tanya dirver. abg tu kata tunggu sekejap. klu ada kosong, naik.

mmg ada 1 kosong. abg tu bagi naik. aku naik. masa bus reversed, tiba-tiba ada sorang mamat myanmar yg duduk sebaris dgn aku masa tunggu bus tadi lambai-lambai. rupanya, itu tempat dia. Ya Allah. apa aku rasa sekarang ni? aku ni dah lah jenis sensitip byk. emo je. driver jerit suruh dia naik bus pukul 4 nanti. kesian dia. salah aku ke? kalau aku tahu itu tempat dia, memang aku tak naik. dah la masa dia tanya bus dia dah sampai ke belum, aku dengar dia nak cakap melayu pun susah. dia sampai awal lagi dari aku. dia mesti tunggu lama. sefaham aku, dia tak tahu mana platform nak tunggu bus. sebab masa dia tanya counter, dia tak faham apa itu platform 1. mungkin dia tercari-cari sebab itu lambat. dan aku rembat tempat dia. errrr. bersalahnya. bukan aku sengaja. sampai sekarang terbayang-bayang dia lambai bus tunjuk ticket. i am so sorry :(

sepanjang jalan aku tak tidur dibelenggu rasa bersalah. sampai rumah pulak tiada siapa nak ambil. abah tak ada. tapi kereta dua-dua ada. yg ni lawak. takda siapa boleh drive nak ambik aku. naiklah cab ke rumah sendiri. aku sendiri nak tergelak.

oh ya, dah lah aku tak tutup tingkap bilik sebab ingatkan kak ain tak pergi kedah lagi. rupanya kak ain dah gerak awal. see, tragis betul cerita aku hari ini. mak kata, jgn risau org myanmar tu, dia dah selamat sampai dah. dah tidur dah pun.

esok apa plan? simple plan. abah dah tegur, kerap balik ye? huhu.

dah berani senyum tutup mulut :)

apa-apa pun, mungkin org nak ckp aku selfish sampai buat org lain tertinggal bus. okay, salah aku. aku tak tau bus tu ada org. tak salah kalau mencuba nasib. dan berjaya juga muka simpati aku ni disimpati beberapa ulat-ulat bus kat duta tu. hehe. aku tau mana yg cuba menolong sebab tugas diorg dan mana yg cuba menggatal sebab takda kerja. mostly, semua membantu sebab mmg kerja diorang.

terima kasih, Tuhan.